Wednesday, August 31, 2005

aku pun nak berenang


aku diarahkan untuk hadir ke Sepang di ambang merdeka.
untuk meriahkan KLIA yang senantiasa suram.



tak der hal.
janji aku boleh claim mileage.
lagipun, aku bukan jenis yang sambut merdeka di tengah-tengah kota.

aku lagi suka berada di pekan kecil.
mungkin tidak kecoh.
tapi lebih meriah.
lebih penghayatan.

di KLIA, aku nampak dia.
perenang. seorang Datuk.
yang dahulu nya hanya pengayuh basikal.
berdiri di atas pentas.
disamping orang-orang yang sangat penting.
merasakan dirinya layak berdiri di sana kerana dia pandai berenang.

dan aku bisikkan ke kawan ku.
this can only happen in Malaysia.

MERDEKA !
MERDEKA !
MERDEKA !

Tuesday, August 23, 2005

lagi pasal kahwin


aku dah lama minat dia.
dulu, dia cover berita parlimen.
aku pulak, gila politik waktu itu.

tiap-tiap kali berita dari parlimen, aku tonton dia.
mula-mula, pasal nak tahu berita terkini.
lama-lama, pasal nak merenung muka dia.

manis.
tak lemak, tapi cukup berkrim.

pernah, di zaman jahil aku dahulu, aku email dia.
email yang tertera di bawah skrin tv.
tapi dia tak jawab.

hari ni, aku baca pasal dia.
pasal perkahwinan dia.
dengan lelaki yang hampir sebaya dengan ayah aku.

surprisingly, aku tak rasa ia berita pelik.
kecewa, ya.
tapi tak pelik.

selamat pengantin baru.
semoga kekal ke anak cucu.

Monday, August 22, 2005

kemas kini


aku pun tak pasti apa yang mahu aku kemaskinikan dalam blog ni.
bukan aku tak punyai cerita untuk diceritakan.
tapi aku lebih senang membaca cerita orang daripada menulis cerita pasal aku.

aku tulis ni pun, sebab Sufian tinggalkan komen dalam blog aku.
cukup terharu.
memang aku kagum dengan tulisan dia. dia dan rakan-rakan dia.

(that doesnt mean i'm a stalker, ok?... heh .. well, maybe not yet.)

sekarang dah mula musim cuti sekolah.
musim cuti sekolah ialah musim mengawan, bagi aku.
dan sembilan bulan selepas ini, pasti wujud satu lagi musim baru.
heh !

semoga aku berjaya melepasi musim cuti sekolah tahun ini dengan mengelak peluru-peluru soalan-dua-perkataan.

"bila lagi?"