lelaki normal. belum cukup tua tapi sudah lebih usia muda.
Sunday, July 24, 2005
nama si dia
aku nampak dia dari jauh. makan di meja lain.
aku senyum. dia senyum balik pada aku. mm... interesting.
satu masalah. aku lupa nama dia. zaleha? zabedah? zarina? ahhh... mana satu ni.
aku nampak dia hendak beredar. aku datang dekat. dia pun datang dekat. "you buat apa kat sini?" "kursus"
dia senyum. cantik. sangat cantik. tapi aku masih tak ingat nama dia !
aku nampak dia keluarkan hp dia, seperti mengharap aku meminta dari nya. bukan aku tak nak, tapi nak letak nama apa? nama dia pun aku tak ingat. perlahan-lahan dia masukkan balik ke dalam jeans sendatnya. argghh...
dia beredar. aku sambung minum. kali ni, terasa kopi aku pahit semacam.
mm...
sekarang, selepas 2 hari, baru aku ingat nama dia !
aku tak tahu kenapa aku nak sangat bagi bunga pada dia. diatak pernah jawab sms daripada aku. dia tak pernah reply calls daripada aku. hell, masa aku call, diatak ingat aku siapa. tapi, aku masih nak hantar bunga pada dia.
betul lah kata mereka, chenta itu sememang nya buta.
aku tak paham kenapa dia tak reply email aku. takkan dia busy sampai hari ni. aku tak tahu dah berapa kali aku click butang refresh hari ni. still, nothing !
mungkin betul kata razak. "orang cantik macam dia, mesti dah ada balak"