Wednesday, August 31, 2005

aku pun nak berenang


aku diarahkan untuk hadir ke Sepang di ambang merdeka.
untuk meriahkan KLIA yang senantiasa suram.



tak der hal.
janji aku boleh claim mileage.
lagipun, aku bukan jenis yang sambut merdeka di tengah-tengah kota.

aku lagi suka berada di pekan kecil.
mungkin tidak kecoh.
tapi lebih meriah.
lebih penghayatan.

di KLIA, aku nampak dia.
perenang. seorang Datuk.
yang dahulu nya hanya pengayuh basikal.
berdiri di atas pentas.
disamping orang-orang yang sangat penting.
merasakan dirinya layak berdiri di sana kerana dia pandai berenang.

dan aku bisikkan ke kawan ku.
this can only happen in Malaysia.

MERDEKA !
MERDEKA !
MERDEKA !

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

awak nak jadi perenang? saya menghuni ruang sempit ini hanya kerana ada kolam renang.saya lebih senang memandang air kolam renag berbanding berenang!

Friday, September 30, 2005 11:53:00 PM  

Post a Comment

<< Home