Tuesday, August 23, 2005

lagi pasal kahwin


aku dah lama minat dia.
dulu, dia cover berita parlimen.
aku pulak, gila politik waktu itu.

tiap-tiap kali berita dari parlimen, aku tonton dia.
mula-mula, pasal nak tahu berita terkini.
lama-lama, pasal nak merenung muka dia.

manis.
tak lemak, tapi cukup berkrim.

pernah, di zaman jahil aku dahulu, aku email dia.
email yang tertera di bawah skrin tv.
tapi dia tak jawab.

hari ni, aku baca pasal dia.
pasal perkahwinan dia.
dengan lelaki yang hampir sebaya dengan ayah aku.

surprisingly, aku tak rasa ia berita pelik.
kecewa, ya.
tapi tak pelik.

selamat pengantin baru.
semoga kekal ke anak cucu.

2 Comments:

Blogger Sufian said...

Sebenarnya dia minat kat engkau. Cuba engkau baca subteks dalam berita tentang dia.

Engkau mesti boleh cari huruf2 c. i. n. t. a. a. w. a. k. s.a.h.a.j.a.

Serius.

Saturday, August 27, 2005 3:26:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

saya hairan.pelik. dia 'biasa2' sahaja.ct nurhaliza lagi jelita ;0).saya jeles? pastinya tidak.

Friday, September 30, 2005 11:42:00 PM  

Post a Comment

<< Home