Tuesday, December 15, 2009

cuba kekal tegar


Sudah hampir satu tahun lama nya.
Ketika itu, tanahair mereka dihujani dengan bom dan peluru berpandu yang tak henti-henti.

Dan.
Ketika itu juga.
Ramai rakyat kita yang beria-ria mengutuk.



Dan.
Berjanji akan memboycott segala product berkenaan dengan musuh durjana ini.
Habis penuh email dengan senarai barangan yang harus diboycott.
Dari minuman ringan hingga ke barangan kosmetik.

Tapi.
Itu satu tahun yang lepas.
Janji tinggal janji.

Aku masih cuba berusaha untuk kekal tegar.
Menggantikan coke dengan air tebu segar dan Prosperity burger dengan Oblong burger bersalut telur.
*Menghayunkan tangan dan menepuk belakang badan sendiri*

Thursday, December 10, 2009

masa itu emas


Dia jejaka separa muda. Awal 30-an. Metro seksual.

Teman nya gadis muda. Bertubuh montok. Berbaju V-neck yang memaparkan mid-valley nya kepada khalayak ramai.

Duduk sambil minum kopi mochaccino.


Cantik jam you. Patek Philippe kan?
Of course. And this is original ok. I love collecting watches. I ada Panerai, Franck Muller and a few limited edition ones. 

Wow... banyak nya !
It's my weakness. Pantang tengok jam cantik, terus I  beli. You know, my Tag Heuer Carrera is so accurate, it will only miss 1 second after 100 years.

Impressive. Eh... jap. Bukan you ada appointment dengan Mike sekarang?
Its ok, biarlah dia tunggu kejap. Lagi 10 minit I gerak lah. You nak order another cuppa?

Tuesday, December 08, 2009

panggung wayang gambar


"Sorry, I tak tengok film melayu kat cinema" kata Kerry atau nama sebenarnya Kamariah.

Macam pernah dengar dialog ni kan?


Aku suka tonton wayang melayu di pawagam.

Beratur, membeli tiket bersama secawan bertih jagung caramel bersaiz besar.
Tidak perlu tunggu Raya untuk duduk di depan peti bodoh seperti orang lain.


Seperti gadis cantik, montok dan berumur 25 tahun memilih jejaka pilihan hati nya, aku juga memilih wayang apa yang patut aku tonton. Tiada terbitan bapa dan anak nya dalam senarai. Juga, tiada Metromewah. Dan yang paling dijauhi ialah karya-karya seorang Prof Madya. Lari kalau boleh.

Kebanyakan wayang sekarang mahu merempit. Dan lawak bodoh.
Paling memualkan wayang hantu yang tak sudah-sudah.

Jadi, pilihan harus tepat. Si Gemuk itu ada bakat. Si Baju Kurung juga punyai bakat, malang dia sudah tiada lagi. Setakat ini, hasil buah tangan warganegara India itu belum menghampakan.

Yang dirindui, wayang zaman 90-an.
Bermula dengan Hati Bukan Kristal. Jimi Asmara. Sayang Salmah.
Dan yang sentiasa di hati, Layar Lara. 

We need more Sidi Oraza in this industry.

Punggok mu


Tidak perlu kata-kata. 
Tidak perlu bual bicara. 
Tidak perlu itu semua.

Kerana.

Kau pun tahu.
Aku punggok dan kau bulan ku.

Monday, December 07, 2009

Harimau juga manusia


Isterinya bekas model Sweden.

Punyai dua anak comel.

Dan sejumlah wang yang boleh membelikannya segala yang perlu (dan tidak perlu juga).



Tapi.

Dia juga lelaki.
Punyai nafsu.

Jantan macam kau dan aku.


Keseronokan itu datang dari aktiviti memburu.
Kan?


Sunday, December 06, 2009

kembali

Aku kembali semula.

Dengan rupa yang sama.
Warna yang sama.

Tapi, 
perisa yang mungkin berbeza.

Heh.

Monday, October 09, 2006

Menara Kuala Lumpur


Aku ke Menara Kuala Lumpur petang tadi.

Belikan hadiah untuk teman lama.
Hadiah berupa arca kecil berbentuk phallic itu.

Kata mereka, ia tak dijual di tempat lain. Jadi aku ke sana.


Dan aku tonton manusia di sana.
Mat Salleh- Mat Salleh bersama kamera mereka.
Aku tak faham kenapa mengapa mereka yang ingin ke naik ke atas.
Melihat apa? Jerebu?

Dan kemudian aku dengar.
"KL sure looks like Genting up there"

Oh... Mungkin di atas sana ada kasino dan meja-meja judi !

Saturday, October 07, 2006

Siapa yang Kalah

Aku berbuka puasa bersama dia.
Dia dan rakan-rakan dia, tanpa pacaran nya.

"You ni Loser, you tau?"
"You tengok budak gemuk tu, hodoh macam dia pun ada girlfriend"
"You nak dapat sorang pun, tak boleh, kan?"

Kata dia.

Persoalan nya sekarang, siapa yang lebih Loser?

Aku tak perlu berkompromi dengan sesiapa sahaja.

Tak perlu mengalah bila tiba hujung minggu untuk pergi ke tempat yang aku mahu.
Tak perlu mengalah bila dijemput keluar tika aku tiada mood untuk melihat manusia.
Tak perlu mengalah bila baju yang aku pakai tidak sedondon dengan warna blouse si dia.

Jadi, aku tanya dia semula.

"Kalau aku Loser, apa harus aku panggil kau?"